CATATAN DATO' PADUKA AHMAD BASHAHAPABILA ISTERI MENJADI TARUHAN POLITIK
Apakah yang sebenarnya PAS cuba lakukan apabila memaksa semua wakil rakyatnya melakukan bai’ah taat setia kepada parti dengan menjadikan isteri masing-masing sebagai sandaran.
Adakah PAS lebih mengutamakan politik mereka daripada seorang isteri yang telah berpuluh tahun hidup susah senang bersama suaminya. Tiba-tiba apabila menjadi wakil rakyat, isteri wakil rakyat itu menjadi taruhan kesetian kepada parti.
Sesiapapun yang waras tidak berani mengeluarkan idea dan melaksanakan bai’ah berkenaan. Dan sesiapapun yang mempunyai akal yang waras tidak akan tergamak mematuhi bai’ah berkenaan.
Sanggupkah kita apabila mendapat status wakil rakyat meletakkan isteri sebagai barang gadaian atau cagaran.
LAGI >> PENUBUHAN KOBERA oleh Zahari MoradBANTU UBAH NASIB 10,800 DI KEDAH
ALOR SETAR, 25 Oktober - Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di negeri Kedah diarah melakukan pembersihan terhadap senarai nama yang terdapat dalam sistem E-Kasih, yang akan diguna pakai bagi menyalurkan kupon subsidi beras yang layak dinikmati golongan miskin mulai 1 Dis ini.
Permbersihan itu perlu dilakukan kerana senarai nama yang terdapat di dalam sistem E-kasih itu meragukan.
Kesemua JJKKP itu diberi masa sehingga hujung bulan ini bagi melakukan pembersihan senarai nama golongan miskin dalam sistem E-kasih berkenaan dan pada 1 Nov senarai baru akan diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tujuan pengeluaran kupon subsidi beras berkenaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pembersihan itu perlu dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang bebanr-benar layak sahaja boleh menikmati keistimewaan yang diberikan itu.
LAGI >>BAKAL HAJI DIRAIKAN oleh Zahari MoradSELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI





Majlis sumbangan UMNO Bahagian Alor Setar kepada jemaah haji telah berlangsung di Masjid Al-Rahmah, Taman Wira pada 24 Oktober 2009. Acara tahunan bagi meraikan jemaah haji bagi Parlimen Alor Setar itu disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
LAGI >>LAWAT MANGSA BANJIR oleh AdminDATUK PADUKA AHMAD BASHAH MELAWAT KAWASAN BANJIR

YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar telah turun padang untuk meninjau sendiri ke kawasan yang dilanda banjir dalam kawasan DUN Alor Mengkudu dalam Parlimen Alor Setar. Dalam lawatan ke beberapa buah kampung, YB Dato' Paduka telah menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terlibat.
LAGI >>