Kata-kata Aluan
Bulan Ini Dalam Sejarah
Pada 12.10.1957, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya telah menulis surat kedua kepada YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj menyatakan persetujuan untuk berunding dengan Tunku.
Pautan UMNO Alor Setar
Bagaimana saya hendak menyalurkan cadangan, aduan atau maklumat kepada Pemimpin UMNO di Alor Setar ? Sekiranya anda mempunyai cadangan, aduan atau maklumat yang hendak disampaikan kepada pihak pentadbiran UMNO Bahagian Alor Setar. Sila gunakan borang ini yang telah disediakan dalam talian Internet. Segala cadangan, aduan atau maklumat akan di anggap sulit dan pihak UMNO Bahagian Alor Setar tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan lain. Sila tekan sini untuk borang cadangan, aduan atau maklumat.
Bagaimana saya boleh menjadi ahli UMNO di Bahagian Alor Setar ? Sekiranya anda berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Kawasan Alor Setar, anda boleh menjadi ahli UMNO. Anda cuma perlu mengisi borang keahlian dalam Sistem Internet. Pihak UMNO Bahagian Alor Setar akan menghubungi anda untuk menandatangani borang keahlian.(Sila pastikan pilihan anda mengenai cawangan UMNO tempat tinggal anda.) Tekan sini untuk Borang Pendaftaran Keahlian UMNO.
Perlukan saya mendaftar untuk mengemukan cadangan dalam Laman Sesawang UMNO Bahagian Alor Setar ?Ya, anda perlu mendaftarkan diri dalam laman sesawang ini. Ia perlu dilakukan supaya tidak ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memenuhkan kotak aduan dalam sistem.
Adakah pihak UMNO Bahagian Alor Setar akan menggunakan segala maklumat yang diterima dalam sistem ini ?Pihak UMNO Bahagian Alor Setar hanya menggunakan maklumat anda seperti IP dan email untuk kegunaan sendiri dan untuk bertujuan menyebarkan maklumat dan berita kepada ahli berdaftar sahaja.